Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Doktor Kenya menjalankan pembedahan otak ke atas pesakit yang salah

Mar 04, 2018 | 03:15 PM



NAIROBI: Seorang pakar bedah saraf dan pasukan perubatannya telah membuka tengkorak seorang pesakit bulan lalu untuk mengeluarkan darah beku dalam otaknya namun mendapat kejutan pula.



Mereka mendapati bahawa darah beku yang sepatutnya dikeluarkan itu tidak wujud.



Menurut akhbar Daily Nation Kenya, kakitangan di Hospital Nasional Kenyatta di Nairobi itu sebenarnya keliru dengan tag pengenalan dua pesakit sebelum menjalani pembedahan tersebut.



Seorang pesakit memerlukan pembedahan otak untuk mengeluarkan darah beku manakala seorang lagi memerlukan rawatan bagi otak yang bengkak.



Kakitangan hospital itu telah menjalankan pembedahan itu selama beberapa jam sebelum mereka sedar akan kesilapan itu.



Kejadian itu menimbulkan keprihatinan orang ramai yang telah meminta anggota lembaga hospital itu meletak jawatan.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) hospital itu, Cik Lily Koros Tare, berkata empat karyawan perubatannya telah digantung khidmat kerana menjalankan pembedahan ke atas pesakit yang salah.



Ajaibnya, pesakit yang salah dibedah itu kini berada dalam keadaan yang baik sementara pesakit yang mempunyai darah beku dalam otaknya kini mungkin tidak perlu menjalani pembedahan lagi kerana keadaannya telah bertambah baik. - Agensi berita



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >