Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Doktor sahkan Presiden Biden 'sihat, cergas' selepas jalani penilaian perubatan

Nov 21, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Doktor peribadi Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, berkata pemimpin Amerika itu "sihat, cergas" untuk menjalankan tugasnya, selepas presiden menjalani penilaian perubatan penuh dan secara ringkas memindahkan kuasa kepada Naib Presiden Kamala Harris supaya beliau dapat jalani kolonoskopi.



Dr Kevin O'Connor, doktor presiden, berkata bahawa Encik Biden mengalami kecenderungan "lebih ketara" untuk batuk dan berdehem semasa berucap.



Selepas menjalani ujian, termasuk yang bertujuan mengesan pelbagai patogen pernafasan, Dr O'Connor berkata penyebabnya adalah 'refluks gastroesophageal', atau refluks asid, keadaan yang boleh dirawat dengan Pepcid.



Dr O'Connor juga berkata bahawa gaya berjalan Encik Biden menjadi lebih kaku, yang menurutnya disebabkan perubahan berkaitan usia pada tulang belakang presiden.



Beliau menambah bahawa "pemeriksaan neurologi yang sangat terperinci" telah menolak kemungkinan bahawa kekakuan itu disebabkan serangan strok, sklerosis, Parkinson atau gangguan neurologi lain.



Keretakan kaki yang dialami Encik Biden tahun lalu "telah sembuh dengan baik," kata Dr O'Connor, walaupun beliau menambah bahawa presiden boleh mendapat manfaat daripada kasut ortopedik.



Polip berukuran 3 milimeter telah ditemui semasa ujian kolonoskopi menurut Dr O'Connor dan satu penilaian patologi terhadap polip itu dijangka diselesaikan minggu depan.



Tahap lipid Encik Biden "sangat rendah," kata Dr O'Connor.



Semasa pemeriksaan kolonoskopi, Naib Presiden Kamala Harris memangku jawatan sebagai presiden.



Cik Harris menghabiskan 85 minit di pejabat West Wing menonton liputan televisyen secara langsung Dewan Perwakilan Amerika meluluskan pakej perbelanjaan sosial yang besar, menurut pejabatnya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >