Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dolar Amerika, saham Asia susut ekoran ucapan Trump mahu lindung dagangan

Jan 23, 2017 | 11:21 AM



TOKYO - Dolar Amerika tergelincir dan saham Asia cuba bertahan pada pagi Isnin (23 Jan) sedang kebimbangan terhadap dasar perlindungan Presiden Donald Trump mengatasi keyakinan bahawa beliau akan melaksanakan janji pemotongan cukai dan rangsangan lain.



Jepun Nikkei turun 1.3 peratus manakala saham di Korea Selatan dan Australia jatuh 0.3 peratus, walaupun indeks saham MSCI Asia Pasifik di luar Jepun mendatar.



Perangkaan pasarahan hadapan saham Amerika susut 0.2 peratus, memadamkan keuntungan yang dibuat pada hari Jumaat.



Dalam ucapan sulungnya, Encik Trump berjanji akan menamatkan apa yang dipanggil 'pembunuhan kilang Amerika' yang berkarat dan berikrar akan mengutamakan Amerika.



"Ucapan beliau berbaur perlindungan. Pasaran sudah menjangka tetapi bukan mangkin kepada risiko perdagangan," kata Encik Masahiro Ichikawa, ahli strategi kanan di Sumitomo Mitsui Asset Management.



Trump berkata pada Ahad (22 Jan) beliau merancang berbincang dengan pemimpin Canada dan Mexico untuk memulakan rundingan semula Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (Nafta).



Sebelum itu, pentadbiran beliau berkata pada hari pertama beliau bertugas bahawa strategi perdagangan bagi melindungi pekerjaan Amerika akan bermula dengan pengunduran daripada perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) melibatkan perdagangan 12 negara.



"Pasaran semakin gementar tentang kemungkinan perdagangan dunia mungkin mengecut," kata Encik Koichi Yoshikawa, pengarah eksekutif pasaran kewangan di Bank Standard Chartered di Tokyo.



"Banyak dasar-dasar beliau, termasuk potongan cukai dan perbelanjaan infrastruktur, perlukan kelulusan Senat dan (mungkin) tidak mudah diperolehi. Justeru, sukar menjangkakan berita yang boleh menceriakan pasaran," katanya.



"Pasaran yang sedia telah dipengaruhi jangkaan dasar-dasar beliau kini diseret realiti," katanya.



Dalam sesi dagangan awal Isnin, dolar Amerika jatuh 0.7 peratus berbanding yen; dan euro meningkat 0.1 peratus berbanding dolar Amerika.



Harga minyak mantap selepas menteri Opec dan negara-negara bukan OPEC berkata mereka telah mengambil langkah awal mengurangkan pengeluaran minyak. - REUTERS




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >