Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Donald Trump pilih dua wanita bagi jawatan kabinet

Nov 24, 2016 | 12:25 PM



PALM BEACH: Bakal Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, telah mula meluaskan asas kabinetnya, dengan mencalonkan dua wanita konservatif, termasuk seorang pengkritik, selepas pelantikan sebelum ini merupakan ganjaran bagi pengikut setia kempen beliau.



Pencalonan gabenor berusia 44 tahun South Carolina, Cik Nikki Haley, sebagai Duta Amerika ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan dilihat sebagai tanda Encik Trump sudah bersedia memaafkan beberapa musuh demi meluaskan pilihan beliau.



Pencalonan aktivis kaya Betsy DeVos, juara alternatif kepada sekolah kerajaan tempatan, sebagai setiausaha pendidikan pula merupakan satu lagi kemenangan bagi kumpulan konservatif sosial.



Lawan Encik Trump semasa kempen menjadi calon presiden parti Republikan, Dr Ben Carson, seorang pesara pakar bedah otak, dilaporkan dipilih beliau sebagai setiausaha perumahan, dan pengumuman akan dibuat tidak lama lagi.



Keputusan Encik Trump memilih Cik Haley bagi jawatan di PBB diumum pada Rabu (23 Nov), di tengah-tengah laporan beliau sedang menimbangkan seorang lagi pengkritik lantang - bekas gabenor Massachusetts, Encik Mitt Romney - bagi jawatan utama setiausaha negara.



Jawatan PBB itu bertaraf jawatan kabinet dan jika Cik Haley - konservatif kuat yang tidak mempunyai pengalaman dasar luar - disahkan oleh Senat, beliau akan menjadi seorang tokoh hebat dalam diplomasi dunia, walaupun sebelum ini beliau bertempur dengan Encik Trump.



Sebagai salah satu daripada dua wanita yang dipilih setakat ini bagi jawatan kabinet, anak pendatang dari India itu akan juga menyuntik kepelbagaian dalam kumpulan kabinet yang sehingga kini hanya terdiri daripada orang kulit putih.



Selain Cik Haley, Encik Trump menamakan Cik Betsy DeVos, sebagai setiausaha pendidikannya.



Beliau penderma besar Republikan dari Michigan yang aktif dalam mempromosikan pilihan sekolah, sebuah gerakan yang menggalak pengunaan kredit cukai dan baucar untuk membenarkan ibu bapa memilih keluar daripada sistem sekolah awam.



Sedang beliau bekerja bersama penasihatnya di resort golf mewah Mar-a-Lago miliknya di luar Palm Beach, tumpuan akan diberi pada pelantikan seterusnya Encik Trump bagi mendapatkan pentunjukkan mengenai arah tuju pentadbirannya. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >