Donald Trump pragmatik, bukan ideologikal: Obama

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, mengaku pada Isnin (14 Nov) beliau masih mempunyai kebimbangan mengenai Encik Donald Trump, tetapi lega bakal penggantinya itu kelihatan pragmatik dan bukan bersikap ideologikal.

"Saya tidak fikir beliau bersikap ideologikal. Saya rasa akhirnya beliau pragmatik dengan cara itu," Encik Obama kepada pemberita dalam sidang akhbar pertamanya sejak jutawan Republikan itu memenangi pilihan raya presiden minggu lalu.

"Dan itu baik baginya selagi beliau ada orang baik di sekeliling beliau dan beliau jelas mengenai hala tuju beliau," kata Encik Obama lagi.

"Apakah saya berasa bimbang. Tentu sekali. Sudah tentu saya mempunyai kebimbangan. Beliau dan saya berbeza dalam sejumlah besar isu. Tetapi pemerintah federal dan demokrasi kita bukan sebuah bot laju - ia sebuah kapal laut." - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:08
Asar
4:33
Maghrib
7:13
Isyak
8:28
3 HR PSI: 25
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.