Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

'Dr. Butt' berjaya ditahan selepas pesakit mati

Jul 20, 2018 | 03:31 PM



BRASILIA: Seorang pakar bedah plastik terkenal dengan panggilan 'Dr. Bumbum' atau 'Dr. Butt' di media sosial kerana menjalankan pembedahan membesarkan punggung, ditahan semalam di Rio de Janeiro, empat hari selepas seorang daripada pesakitnya mati, kata polis.



Polis di Rio de Janeiro di laman web berkata, mereka memburu Denis Furtado sejak Ahad lalu apabila pesakitnya, Lilian Calixto, 46, seorang pengurus bank, meninggal dunia di sebuah hospital selepas Furtado merujuknya ke situ susulan prosedur dijalaninya.



Media tempatan melaporkan, hospital berkata, Calixto tiba dengan mengalami takikardia, degupan jantung pantas luar biasa selepas silikon disuntik ke setiap punggungnya.



Polis berkata, Furtado dan ibunya, juga seorang doktor, ditahan di sebuah pejabat dalam pusat perniagaan di kejiranan tepi laut Barra de Tijuca di Rio, berikutan kematian wanita itu.



Tidak jelas jika dia didakwa dengan sebarang kesalahan jenayah.



Peguam Furtado, Naiara Baldanza, dalam sidang media di sini kelmarin berkata, anak guamnya tidak bersalah dan tidak menyerah diri kepada polis kerana panik.



Dalam video dihantar di media sosial selepas penahanannya semalam, Furtado menganggap kematian wanita itu sebagai 'kemalangan maut', mengatakan dia sudah menjalankan 8,000 prosedur seperti itu dan ia sah di Brazil.



Hasil kerja Furtado menjadikannya seorang selebriti. Dia memiliki ramai pengikut di media sosial termasuk 645,000 di Instagram di mana dia menghantar gambar sebelum dan selepas pembedahan. -Reuters

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >