Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dr M belum putus asa untuk tumbangkan Najib

Jan 20, 2016 | 04:37 PM



KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengisytiharkan bahawa beliau masih belum berputus-asa dalam misi untuk menumbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


"Saya tidak putus asa kerana saya berpendapat bahawa ini adalah satu perkara yang penting dalam negara kita.


"Pentadbiran Najib telah menyebabkan negara merosot. Ekonomi, politik, sains, teknologi, pengetahuan. Semuanya berkurangan. Kita sedang mundur kebelakang," keluh Dr Mahathir pada sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.


Kemunduran di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib, dakwa Tun Dr Mahathir adalah semata-mata kerana presiden Umno itu mahu mengekalkan populariti untuk kekal sebagai perdana menteri.


"Untuk populariti, maka wang digunakan.


"Beliau (Datuk Seri Najib) sendiri mengaku bahawa duit yang sebanyak RM2.6 billion itu nak digunakan untuk kemenangan. Kemenangan bagi diri dia," kata Dr Mahathir yang mengulangi dakwaannya bahawa Datuk Seri Najib sendiri mengakui sumbangan dari Timur Tengah itu digunakan untuk membiayai kempen Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-13.


Tun Dr Mahathir juga diminta mengulas tulisannya mengenai kenangan manis bersama Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussien yang juga ada bapa Najib sehingga ada pihak menpersoalkan pandangannya.


"Pandangan saya terhadap Tun Razak tidak berubah. Dia mentor (pembimbing) saya. Dia yang menolong saya mencapai kejayaan.


"Tidak ada kena-mengena dengan Najib sama-sekali," kata Tun Dr Mahathir ketika ditanya mengenai persepsi bahawa beliau kini kurang kritikal terhadap Datuk Seri Najib.


Minggu lalu, Tun Dr Mahathir juga menyatakan sokongan yang jarang berlaku berhubung tindakan Najib untuk menyemak semula Bajet 2016.


Tun Dr Mahathir hari ini menerima kunjungan hormat daripada angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan angkasawan Rusia Salizhan Sharipov.


Datuk Dr Muszaphar juga menunjukkan kepada Tun Dr Mahathir baju angksa yang dipakainya ketika dilancarkan ke angkasalepas dari kapal Rusia Soyuz TMA-11 pada tahun 2007. - Malaysiakini




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >