Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dr M: Hanya Melayu dapat kembalikan maruah bangsa sendiri

Oct 07, 2019 | 10:21 AM



PERDANA Menteri Malaysia Mahathir Mohamad pada Ahad (6 Oktober) menyeru majoriti Melayu untuk menuntut kembali maruah mereka dengan menggunakan kesempatan yang sedia ada dengan sebaik mungkin, dan bukan melobi untuk mendapatkan lebih banyak bantuan.



Beliau berkata demikian sebaik sahaja beliau melancarkan Visi Kemakmuran Berkongsi Malaysia pada Sabtu (5 Oktober), satu pelan ekonomi untuk dekad yang akan datang yang bertujuan meningkatkan penglibatan orang Melayu dalam sektor kemahiran tinggi dan teknologi.



Tun Dr Mahathir, 94 tahun, berkata orang Melayu sering ketinggalan kerana mereka gagal belajar daripada sejarah di mana orang asing melakukan kerja "kotor, berbahaya dan sukar’.



"Apabila kita membenarkan orang asing melakukan kerja itu, maka selepas sekian lama, kita akan terus ketinggalan," katanya kepada lebih 10,000 hadirin, sebahagian besar mahasiswa Melayu, di Kongres Kebangkitan Melayu.



Pada September, golongan pembangkang Melayu, Umno dan Parti Islam SeMalaysia (PAS), telah bergabung berlandaskan satu perhimpunan perpaduan Islam, dan bersumpah untuk membalikkan hakisan keistimewaan yang diberikan kepada orang Melayu-Islam di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH).



"Orang Melayu tidak mahu bekerja kerana gaji hanya RM1,200 ($395) sebulan. Kami malu untuk bekerja dengan gaji yang sebegitu, tetapi untuk mendapatkan (bantuan) RM500 ($165) setahun, kami sangat bangga," kata PM Mahathir, sambil merujuk kepada bantuan wang tunai yang diperkenalkan di bawah kerajaan Umno  sebelum ini untuk sekitar separuh penduduk Malaysia.



Pemimpin Melayu utama daripada pelbagai jurang politik telah menghadiri acara itu, termasuk ketua PAS Abdul Hadi Awang, setiausaha agung Umno Annuar Musa dan beberapa menteri dahulu dan sekarang. 



Kongres tersebut dianjurkan bersama oleh empat universiti awam, di mana Malaysia sudah sekian  lama meletakkan kuota pelajar Melayu, sekaligus mengecualikan kaum lain. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >