Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dr M 'kemungkinan besar' bertanding

Nov 18, 2017 | 05:30 AM



PETALING JAYA: Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin bertanding pada pilihan raya umum Malaysia akan datang, kata seorang pegawai tinggi partinya.



Ahli politik berusia 92 tahun itu dijangka bertanding di kerusi parlimen federal Langkawi atau di Putrajaya, pusat kerajaan.



Naib presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, berkata: "Saya rasa Dr Mahathir akan menawarkan dirinya sebagai calon, kerana beliau pembawa obor kami.".



Beliau memberitahu akhbar The Star dalam satu temu bual: "Menurut semua perbincangan, ada kemungkinan besar beliau bertanding di Langkawi, walaupun beliau juga diminta bertanding di Putrajaya."



Ini petanda pertama daripada parti itu bahawa Dr Mahathir akan diletak untuk bertanding. Pilihan raya umum ke-14 Malaysia, yang harus diadakan sebelum Ogos depan, dijangka diadakan dalam enam bulan ini.



Kerusi Langkawi dipegang oleh ahli politik Umno, yang mewakili gabungan Barisan Nasional (BN), sejak ia diwujudkan pada 1995.



Namun, pengundinya yang lebih 31,000 orang dan kebanyakannya Melayu dirasakan oleh PPBM menyokong Dr Mahathir, yang menjadikan pulau itu destinasi pelancongan antarabangsa ketika beliau menjadi perdana menteri.



Putrajaya, ibu negara pentadbiran Malaysia, kawasan parlimen terkecil negara itu, dengan hanya 14,300 pengundi pada pilihan raya 2013. Pengundinya kebanyakannya pegawai kerajaan dan Ahli Parlimennya ialah setiausaha agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor.



PPBM antara empat parti pembangkang yang menjadi anggota Pakatan Harapan. Tan Sri Abdul Rashid berkata PPBM dijangka bertanding di lebih 38 kerusi parlimen. - The Star/Asia News Network.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >