KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam berkata pergeserannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak adalah satu pilihan di antara krisis dengan membiarkan pencuri mencuri berbilion ringgit.
"Krisis mungkin berlaku tapi patutkah kita biarkan pencuri mencuri berbilion ringgit untuk elak krisis," kata beliau dalam catatan blognya semalam.