Subuh
5:38
Syuruk
6:54
Zuhur
12:59
Asar
4:00
Maghrib
7:01
Isyak
8:10
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Dr Mahathir, 4 Ahli Parlimen tolak gugur keahlian daripada Bersatu

May 29, 2020 | 12:46 PM

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad dan empat lagi Ahli Parlimen menolak keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menggugurkan keahlian mereka kerana mendakwa ia bertentangan dengan undang-undang.


Ahli Parlimen terbabit tidak bersetuju sama sekali keahlian masing-masing dalam Bersatu terhenti serta-merta, serta mendakwa ia menafikan hak mereka untuk membela diri dan memberi penjelasan yang dijamin bawah prinsip kedaulatan undang-undang.


Perkara itu dinyatakan dalam satu kenyataan bersama oleh Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Jerlun), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar), Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam) dan Datuk Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu), malam Khamis (28 Mei).


Menurut kenyataan itu, melalui surat bertarikh pada Khamis (28 Mei), mereka dimaklumkan telah melanggar peruntukan 10.2.2 dan 10.2.3 Perlembagaan Bersatu kerana bertindak mengambil kedudukan di Parlimen pada 18 Mei lalu sebagai wakil rakyat yang tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan ia melanggar Perlembagaan Bersatu. - Agensi

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3