Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

Dr Mahathir gesa sesi parlimen diadakan lebih awal

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Dr Mahathir gesa sesi parlimen diadakan lebih awal

Mar 01, 2020 | 02:07 PM

Tun Dr Mahathir Mohamad telah menggesa agar sesi parlimen diadakan lebih awal untuk memastikan bahawa Perdana Menteri baru, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menjamin sokongan majoriti. 

Dr Mahathir yang menentang pelantikan itu bersama anggota Pakatan Harapan (PH),  telah menekankan bahawa beliau masih mempunyai sokongan daripada 114 anggota parlimen (AP), majoriti dalam parlimen yang mempunyai 222 anggota. 

Sesi parlimen pertama sebelum ini sudah dijadualkan diadakan pada 9 Mac. 

“Biarlah AP memutuskan jika mereka menyokong atau tidak. Itu akan menjadi keputusan rasmi,” tambah beliau sambil prihatin yang pemerintahan baru di bawah Tan Sri Muhyiddin akan memancing AP sebelum parlimen bersidang. 

Beliau meletak jawatan sebagai perdana menteri Malaysia pada Isnin lalu, sekaligus mencetuskan kemelut politik dalam negara itu.

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3