Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mahathir letak jawatan selaku Pengerusi PEJUANG

Dec 17, 2022 | 04:45 PM



KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, meletak jawatan sebagai Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG).



Perkara itu disahkan oleh sumber parti itu, bagaimanapun Dr Mahathir dikatakan akan kekal sebagai Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA).



Setakat ini, tiada pengumuman secara rasmi dilakukan oleh parti itu lagi.



Difahamkan, Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) PEJUANG kedua akan diadakan pada 14 Januari depan.



Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu, Dr Mahathir yang bertanding di Parlimen Langkawi tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Suhaimi Abdullah yang memperoleh majoriti 13,518 undi.



Pada PRU15 juga, PEJUANG gagal memenangi sebarang 125 kawasan yang dipertandingkan, malah ramai calonnya hilang wang deposit.



Dr Mahathir bagaimanapun akur dan menerima pilihan rakyat dengan hati yang terbuka, malah beliau akan memberi tumpuan kepada bidang penulisan dan turut terbuka untuk ditemuduga penulis. - Berita Harian Malaysia (BHM)



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >