Dr Mahathir sedia letak jawatan, kesal sikap biadap pemandu teksi, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:33
Maghrib
7:16
Isyak
8:28
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia0

Dr Mahathir sedia letak jawatan, kesal sikap biadap pemandu teksi

Oct 21, 2018 | 05:56 PM

LANGKAWI: Tun Dr Mahathir Mohamad sedia meletak jawatannya selepas kesal dengan tindakan segelintir pemandu teksi bersikap biadap dan meninggalkan sesi dialog selepas enggan menerima penjelasan beliau berkaitan isu GRAB.

Menurut laporan Berita Harian Malaysia, Dr Mahathir berkata, beliau sudah bersara sebelum ini, namun kembali semula selepas diminta orang ramai untuk memulihkan keadaan negara.

“Saya nak tolong tapi kalau tak ada bantuan...saya pun tak boleh tolong juga. Kalau tak percaya saya boleh buat, buat sendiri. Tengok apa yang jadi.

“Saya bukan nak jadi Perdana Menteri, saya dah bersara...orang panggil balik, jadi saya datang.

“Kalau tak nak saya jadi Perdana Menteri, saya hari ini letak jawatan. Tak ada masalah bagi saya,” katanya pada Sesi Dialog Bersama Pemandu Teksi Langkawi di sini, hari ini.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Terdahulu, kira-kira 10 pemandu teksi bertindak mengeluarkan kata-kata kesat dan membuat bising sebelum keluar dewan ketika Dr Mahathir memberi penjelasan berhubung isu e-hailing.

Sesi dialog itu dihadiri hampir 200 pemandu teksi Langkawi yang mendakwa pendapatan mereka terjejas ekoran perkhidmatan GRAB yang dikatakan ‘mencuri’ pelanggan.

Terdahulu, Dr Mahathir berkata, GRAB akan diminta menggunakan kenderaan yang diluluskan kerajaan, membayar insurans dan membayar cukai sama seperti teksi bagi memastikan persaingan adil.

“Saya pernah membangkitkan perkara ini dalam Kabinet...saya beritahu Menteri (Pengangkutan) supaya memperbetulkannya, tetapi malang sehingga kini tiada kemajuan langsung.

“Saya akan usaha lagi...saya pun rasa tidak adil. Perkara ini dalam perhatian saya tetapi saya tidak boleh bagi jaminan hapuskan GRAB, tetapi kita boleh samakan mereka dengan teksi,” katanya.
 

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map