Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dr Maliki lawat Batam

Aug 20, 2022 | 02:14 PM



MENTERI di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman melawat Batam di Provinsi Kepulauan Riau (KEPRI), Republik Indonesia.



Semasa lawatan dua hari berakhir kelmarin (19 Ogos), Dr Maliki bertemu dengan Gabenor KEPRI Ansar Ahmad. Kededua pemimpin itu mengesahkan hubungan kukuh antara Singapura dan KEPRI, serta kemajuan yang baik dalam projek kerjasama seperti Taman Digital Nongsa meskipun berdepan dengan cabaran dan halangan dek pandemik Covid-19.



Antara yang sempat dibincangkan merupakan kerjasama dalam pembangunan sumber manusia, ekonomi digital dan isu-isu berkaitan kemampanan.



Dr Maliki turut bertemu dengan Datuk Bandar Batam dan Pengerusi BP Batam, Encik Muhammad Rudi. 







Dr Maliki dan Datuk Bandar Rudi telah mengambil kira kerjasama dua hala dan sokongan padu antara satu sama lain ketika wabak melanda dan jalinan itu mencerminkan persahabatan yang rapat antara Singapura dan Batam. 



Mereka juga berkata, keyakinan terhadap potensi untuk kerjasama jadi lebih erat dengan bangkitnya Singapura dan Batam daripada Pandemik Covid-19.



Dalam pada itu, kededua Gabenor Ansar dan Datuk Bandar Rudi amat mengalu-alukan kerjasama dan pelaburan yang berterusan dari Singapura.



Dr Maliki sempat berkongsi, bahawa Singapura terus berminat untuk bekerjasama dengan KEPRI demi kemanfaatan bersama.







Semasa lawatan itu juga, Dr Maliki sempat berjumpa dengan para pemilik perniagaan tempatan dan editor bagi pihak media dan telah bertukar-tukar pandangan berkenaan perkembangan ekonomi dan peluang kerjasama masa hadapan.



Dr Maliki juga telah membuat lawatan ke Lapangan Terbang Hang Nadim dan Batam Aero Technic dan bertemu para kakitangannya dalam usaha untuk lebih memahami perancangan pembangunan mereka.



 



Dalam pada Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Singapura yang dihoskan oleh Konsulat Jeneral Singapura di Batam pada 18 Ogos 2022, Dr Maliki hadir sebagai Tetamu Kehormat dan Majlis tersebut turut dihadiri oleh pegawai serta pembesar tempatan dan anggota masyarakat Singapura di Batam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >