Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dua juruterbang UAE maut di Yaman

Oct 18, 2017 | 02:29 PM



ABU DHABI: Dua juruterbang tentera udara Emiriah Arab Bersatu (UAE) dilaporkan terbunuh selepas pesawat dinaiki terhempas ketika bertugas di Yaman.



Agensi berita WAM melaporkan, masalah teknikal dipercayai menjadi punca pesawat tentera yang dinaiki dua juruterbang terbabit terhempas ketika dalam misi di Yaman.



UAE adalah anggota pakatan tentera yang diketuai Arab Saudi yang membantu Kerajaan Yaman menentang pemberontak yang mendapat sokongan Iran.



Tentera pakatan terbabit sering mengadakan serangan udara di kawasan yang dikuasai pemberontak, selain menyasarkan kawasan yang mempunyai kaitan dengan militan Daesh di Semenanjung Arab.



Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), setakat in, lebih 8,600 mangsa terkorban sejak tentera pakatan diketuai Arab Saudi itu menyertai perang di Yaman pada 2015. - AFP

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >