SEPANG: Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) sekali lagi diselubungi suasana pilu pagi semalam, sebaik pesawat yang membawa dua jenazah mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 tiba di pekarangan kompleks.
Pesawat yang membawa jenazah Allahyarham Tambi Jiee dan kanak-kanak Benjamin Lee Jian Han berumur setahun, tiba pada 8.28 pagi dan istiadat penghormatan sama seperti sebelum ini diberikan kepada kededua jenazah, menurut laporan Astro Awani semalam.