Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dua letupan baru landa Sri Lanka dengan lebih 180 terkorban, ratusan lagi cedera

Apr 21, 2019 | 04:48 PM



COLOMBO: DUA letupan baru melanda ibu kota Sri Lanka, Colombo hari ini, dengan sekurang-kurangnya dua orang terkorban. 



Demikian menurut jurucakap polis menyusuli serangan di enam kawasan yang melibatkan gereja dan hotel sebelum itu. 



Sekurang-kurangnya 189 orang terkorban dan 400 lagi cedera setelah tiga gereja dan tiga hotel di Sri Lanka menjadi mangsa serangan bom hari ini dengan polis mengesahkan sembilan daripada mangsa korban adalah warga asing.



Perdana Menteri Ranil Wickremesinghe, yang menyifatkan serangan itu sebagai perbuatan pengecut, telah mengadakan mesyuarat majlis keselamatan darurat bagi menyemak kejadian serangan yang tampak dirancang itu.



Buat masa kini, belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut.



“Saya mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas warga kita hari ini. Saya menyeru rakyat Sri Lanka supaya kekal bersatu-padu dan utuh dalam masa-masa tragik ini.



“Usahlah menyebarkan laporan dan spekulasi yang tidak belum dapat disahkan. Pemerintah sedang mengambil langkah segera untuk menangani keadaan,” ujarnya dalam satu catatan di Twitter. 



Dalam satu kenyataannya pula, Presiden Maithripala Sirisena berkata beliau terkejut dan bersedih dengan serangan itu manakala Menteri Kewangan Mangala Samaraweera pula menggalak orang ramai supaya bertenang.



Menulis menerusi Twitter, Encik Samaraweera berkata serangan tersebut telah mengorbankan banyak nyawa yang tidak bersalah dan siasatan awal menunjukkan siri serangan itu telah dirancang untuk membunuh dan mencetuskan huru hara serta kekacauan.- REUTERS, AFP, BLOOMBERG, NYTIMES




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >