Dua orang awam mati dalam serangan pengebom nekad wanita di Nigeria
Jun 09, 2015 | 05:30 AM
MAIDUGURI (Nigeria): Seorang pengebom berani mati wanita membunuh dua orang awam dan mencederakan empat yang lain dengan meletupkan dirinya di sebuah pusat pemeriksaan tentera di timur Nigeria.
Pesuruhjaya Polis wilayah Borno, Encik Aderemi Opadokun, berkata wanita itu meledakkan bahan letupan yang diikat pada badannya berhampiran lebuh raya Baga-Monguno.