Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dua pelakon diumum calon Gerakan Tanah Air

Nov 03, 2022 | 05:30 AM



BANGI: Pelakon dan pengarah, Ahmad Idham Ahmad Nadzri serta pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof, diumumkan sebagai calon bagi Gerakan Tanah Air (GTA) bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).



Ahmad Idham dan Eizlan adalah daripada badan bukan kerajaan (NGO) Gagasan Bangsa.



Ahmad Idham akan bertanding bagi kerusi Parlimen Port Dickson sementara Eizlan di Sabak Bernam, Selangor, atas tiket Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), lapor Berita Harian Malaysia.



Pencalonan mereka diumumkan semalam.



Ahmad Idham, 48 tahun, yang juga mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dalam laporan sebelum ini berkata tumpuan beliau sebelum ini lebih terarah kepada tugas sebagai Ketua Penerangan GTA Negeri Sembilan, berbanding memikirkan soal jadi calon PRU-15.



Namun beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan sama ada dirinya layak bertanding



"Apa yang penting, kita bawa nama GTA dan menampakkan bahawa ini adalah satu gerakan yang patut rakyat sokong untuk PRU-15. Ini satu-satunya gerakan dari rakyat untuk rakyat," katanya.



Belum banyak maklumat yang diperolehi mengenai sebab pencalonan dua personaliti ini.



GTA semalam mengumumkan akan meletakkan sekurang-kurangnya 121 calon pada pilihan raya ini, dengan tujuan cuba memperolehi 112 kerusi untuk membentuk majoriti mudah di Dewan Rakyat.



Parti itu juga mengumumkan Anggota Parlimen mereka sebelum ini termasuk pengerusi gabungan, Tun Dr Mahathir Mohamad; Presiden Parti Pejuang Tanah Air Datuk Seri Mukhriz Mahathir, dan Setiausaha Agung Pejuang, Datuk Amiruddin Hamzah, masing-masing akan mempertahankan Langkawi, Jerlun dan Kubang Pasu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >