Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dua pesawat Air France tukar haluan akibat ancaman bom

Nov 18, 2015 | 02:45 PM



WASHINGTON - Dua penerbangan Air France yang bertolak dari Amerika Syraikat malam tadi telah ditukar haluannya selepas adanya beberapa ancaman bom, kata media Amerika dan Canada.


Penerbangan dari Washington D.C ke Paris telah menukar haluannya ke Halifax, Nova Scotia, sementara penerbangan dari Los Angeles ke ibu kota Perancis itu telah berpatah arah ke Salt Lake City, kata CNN dan NBC dari Amerika dan CBC dari Canada.


Kededua pesawat selamat mendarat dengan para penumpangnya diturunkan dari pesawat masing-masing, kata laporan media itu.


Jurucakap lapangan terbang Halifax Peter Spurway berkata pesawat Air France jenis Boeing 777 itu dihalakan ke Halifax sekitar 10.15 malam tadi dan kini berada di hujung landasan utama lapangan tersebut.


Sebuah lagi pesawat Air France Airbus A-380 pula telah mendarat di Salt Lake City.


CNN yang menukil seorang pegawai pemerintah Amerika melaporkan penerbangan AF65 itu diancam bom melalui satu panggilan. - Reuters, AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >