KUALA LUMPUR: DUA rakyat terkemuka Malaysia secara berasingan mengemukakan aduan pada Selasa (2 Feb) kepada mahkamah dan agensi antirasuah, menyeru agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disiasat, dalam kontroversi melibatkan syarikat pelaburan kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Aduan itu dibuat beberapa hari selepas pihak berkuasa Switzerland dan Singapura membuat kenyataan bahawa siasatan mereka sendiri menunjukkan mungkin berlaku penipuan kewangan melibatkan 1MDB, yang lembaga penasihatnya diketuai Datuk Seri Najib.