Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dua roket dilancar ke selatan Israel

Aug 08, 2014 | 12:47 PM



JALURAN GAZA (Palestin): Dua roket telah dilancarkan dari Gaza yang mengena selatan Israel subuh tadi, sebelum gencatan senjata berakhir 1 tengah hari ini waktu Singapura.


Dua pegawai kanan pergerakan Hamas berkata, pihaknya tidak akan melanjutkan gencatan senjata itu melebihi 72 jam yang berakhir 8 pagi waktu tempatan.


Ini kerana, Israel menolak permintaan Hamas bagi gencatan senjata diteruskan.


Seorang pemimpin Islamic Jihad, sebuah sayap kecil di Gaza yang turut hadir di perbincangan gencatan senjata kelolaan Kahirah, mengesahkan pihaknya memutuskan untuk tidak meneruskan gencatan senjata itu.


Israel sebelum ini menyatakan kesediaannya meneruskan gencatan masa "tanpa batas waktu".


Tetapi kira-kira 9.30 pagi tadi waktu Singapura (0130 GMT), tentera Israel mengirim pesanan ringkas, menyatakan: "Tadi, dua roket dilancarkan dari Gaza dan mengena selatan Israel. Tiada kecederaan dilaporkan".


"Pengganas telah melanggar (syarat) gencatan senjata itu," tambahnya menerusi laman rasmi Twitter mereka.


Tidak ada respons segera daripada pihak tentera Israel, kata jurucakap tentera yang ditukil agensi berita AFP.


Wakil Hamas dan Pertubuhan Pembebasan Palestin dan Israel kini bermesyuarat di Kahirah untuk berbincang bersama pengantara Mesir tentang usaha melanjutkan gencatan senjata.


Seorang pegawai kanan Palestin sebelum ini menuduh Israel berlengah-lengah, memberi amaran ia akan menyebabkan pertempuran berlaku sebaik tempoh gencatan senjata yang dilaksanakan sejak tiga hari lalu berakhir.


"Delegasi Israel menyarankan gencatan senjata tetapi menolak beberapa desakan Palestin," katanya, tanpa mengulas lanjut. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >