Subuh
5:35
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:03
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Dua wanita disah dijangkiti Zika dalam kes pertama di Vietnam

Apr 05, 2016 | 12:55 PM

HANOI: Dua wanita Vietnam dijangkiti virus Zika, yang dikaitkan dengan beribu-ribu kes kecacatan kelahiran microcephaly di Brazil.

Ia jangkitan Zika pertama di Vietnam, kata Kementerian Kesihatan negara itu pada Selasa (5 April).

Seorang wanita berusia 64 tahun di bandar pantai Nha Trang dan seorang lagi, 33 tahun, di Bandar Ho Chi Minh jatuh sakit pada akhir Mac, dan tiga pusingan ujian mengesahkan mereka Zika positif, kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Kedua-dua pesakit berada dalam keadaan stabil, dan tiada jangkitan dikesan dalam kalangan saudara-mara dan jiran mereka, ujar kementerian itu.

Zika dibawa oleh nyamuk, yang menjangkitkan virus itu kepada manusia.

Ia belum terbukti menyebabkan microcephaly pada bayi, tetapi ada bukti menunjukkan kaitannya. Bayi yang mengalami microcephaly mempunyai kepala luar biasa kecil dan boleh menghadapi masalah pembangunan.

Brazil berkata ia telah mengesahkan lebih 860 kes microcephaly, dan menganggap kebanyakannya ada kaitan dengan jangkitan Zika pada ibu.

Ia sedang menyiasat tambahan lebih 4,200 kes yang disyaki microcephaly. - Reuters

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3