Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dua wanita Rohingya terbunuh setelah tentera Myanmar serang kampung

Jan 26, 2020 | 09:47 AM



YANGON: Dua wanita, seorang daripada mereka sedang hamil, terbunuh manakala tujuh lagi cedera setelah tentera Myanmar menyerang sebuah perkampungan Rohingya semalam (Sabtu, 25 Jan).



Kejadian tersebut berlaku dua hari setelah mahkamah tertinggi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyuruh negara tersebut melindungi kaum minoriti itu.



Maung Kyaw Zan, ahli parlimen bagi Buthidaung, wilayah Rakhine, berkata peluru dilepaskan daripada kampung Kin Taung di tengah-tengah malam.



"Tak ada pergaduhan, mereka cuma tembak meriam ke dalam kampung tanpa pertempuran," katanya, sambil menambah ini kali kedua dalam tahun ini di mana orang awam terbunuh.



Lebih 730,000 Muslim Rohingya dipaksa keluar Rakhine pada 2017 setelah tentera Myanmar dituduh mengetuai kempen zalim terhadap penduduk Islam Rohingya, minoriti yang tidak dianggap rakyat oleh Myanmar. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >