Subuh
5:35
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Dua warga S'pura terselamat dalam nahas udara di Pangkor

Nov 16, 2015 | 04:59 PM

LUMUT, Malaysia - Dua rakyat Singapura hampir menjadi mangsa nahas udara apabila sebuah pesawat ringan yang mereka naiki terhempas di laut dekat Teluk Dalam, Pulau Pangkor, lapor akhbar The Star hari ini, Isnin.

Pesawat jenis Piper 32 terbang lalu secara bahaya dekat sebuah van yang padat dengan pelancong sebelum terhempas di laut petang semalam, kata laporan itu.

Dua warga Singapura itu, yang dikenalpasti sebagai Tan Les Lie, 66 tahun dan Yip Kin Long, 51 tahun, mengalami cedera ringan daripada insiden mendebarkan itu.

Encik Tan, juruterbang pesawat tersebut, mengalami cedera di bibir bawahnya.

Encik Yip dan isteri warga Chinanya, Cik Liang Jiao, 27 tahun, pula cedera di bahu dan bahagian belakang, manakala pembantu juruterbang Khoo Lam Thean, 76 tahun, dari Ipoh, cedera di tangan kiri dan kaki kanan.

Mereka menerima rawatan pesakit luar di klinik kesihatan Pangkor, kata The Star.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3