WASHINGTON: Dua wartawan televisyen ditembak mati semasa satu siaran langsung di Virginia semalam oleh seorang suspek yang merupakan bekas pekerja stesen televisyen itu.
Suspek menggelarkan didinya dirinya "tong serbuk" berisi kemaharan disebabkan diskriminasi kaum di tempat kerja dan tempat lain di Amerika Syarikat.
Suspek berusia 41 tahun itu, Vester Flanagan, menembak dirinya sendiri semasa dikejar polis di lebuh raya Virginia selepas kejadian.
Flanagan, seorang warga Amerika-Afrika, mati di hospital kemudiannya, kata polis.
Wartawan yang terbunuh ialah Encik Alison Parker, 24 tahun, dan jurukamera Adam Ward, 27 tahun.
Kededuanya kulit putih. Begitu juga seorang wanita yang sedang diinterviu mereka, yang tercedera tetapi dalam keadaan mantap di hospital, menurut jurucakap hospital.
Posting media sosial oleh seseorang yang kelihatan seperti Flanagan menunjukkan suspek menyimpan rasa tidak puas hati terhadap stesen televisyen kerabat CBS itu, WDBJ7 di Roanoke, yang memberhentikannya dua tahun lalu. - AFP/Reuters