Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Duta baru Myanmar ke PBB letak jawatan

Mar 06, 2021 | 05:30 AM



NEW YORK: Duta Myanmar ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang baru dilantik, telah meletak jawatan.



Beliau memaklumkan bahawa penyandang sebelum ini - yang dipecat oleh junta tentera - akan terus mewakili negara itu, menurut jurucakap agensi antarabangsa berkenaan, kelmarin.



Pihak tentera memecat Encik Kyaw Moe Tun, Sabtu lalu, sehari selepas beliau menzahirkan keengganan untuk berkhidmat bawah pemerintahan junta, serta merayu Perhimpunan Agung PBB membantu mengembalikan demokrasi di Myanmar.



Junta kemudian melantik Timbalannya, Encik Tin Maung Naing, sebagai pengganti.



Bagaimanapun jurucakap PBB, Encik Stephane Dujarric, berkata Encik Maung Naing kemudian memaklumkan agensi itu bahawa beliau sudah mengemukakan surat peletakan jawatannya dan Encik Moe Tun kekal sebagai perwakilan tetap Myanmar ke PBB.



Langkah itu menyusul selepas Encik Moe Tun menulis surat kepada Presiden Perhimpunan Agung PBB pada Isnin lalu, bagi menegaskan bahawa rampasan kuasa di Myanmar adalah 'tidak mengikut undang-undang', justeru pihak tentera tiada kuasa untuk memecatnya.



"Oleh itu, saya mengesahkan kepada anda bahawa saya masih perwakilan tetap Myanmar ke PBB," katanya.



Selasa lalu, Kementerian Luar Myanmar pula menghantar nota lisan kepada PBB yang menyatakan Encik Moe Tun sudah dipecat.



Susulan penerimaan dua surat 'bercanggah' itu, Encik Dujarric berkata PBB menyerahkan kepada Jawatankuasa Akreditasi Dan Protokol untuk meneliti isu terbabit.



Mereka boleh merujuk perkara itu ke Perhimpunan Agung PBB untuk mendapatkan undi majoriti mudah.



Namun, keputusan berhubung isu berkenaan akan turut membabitkan soal perakuan terhadap siapa pihak yang berkuasa di Myanmar.



Sejak Selasa lalu, Encik Moe Tun mengadakan mesyuarat dengan rakan sejawat dari Kesatuan Eropah dan perwakilan Amerika Syarikat yang memberikan sokongan.



Dalam pada itu, pakar hak asasi di PBB kelmarin mendesak Majlis Keselamatan mengenakan 'larangan import senjata api global' dan sekatan bersasar terhadap tentera Myanmar. Pelapor Khas PBB, Encik Thomas Andrews, dalam satu laporan terbarunya turut menggesa masyarakat antarabangsa 'bertindak dengan segera dan tegas' bagi menyokong tuntutan supaya demokrasi dikembalikan di Myanmar.



"Majlis Keselamatan PBB harus segera mengenakan larangan import senjata api global serta sekatan ekonomi bersasar terhadap tentera Myanmar dan sumber pendapatannya.



"Ia juga harus merujuk keadaan di negara itu ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk siasatan dan mungkin pendakwaan atas jenayah kejam yang berlaku, termasuk genosid, jenayah perang serta jenayah terhadap kemanusiaan," menurut laporan itu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >