Subuh
5:35
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Dunia

Duta Belanda ke China digantung dek hubungan sulit dengan staf China

Oct 18, 2016 | 10:08 AM

THE HAGUE : Duta Besar Belanda ke China digantung tugas berikutan satu aduan, dengan akhbar melaporkan beliau menjalin hubungan sulit dengan seorang kakitangan warga China.

Encik Ron Keller, bekas duta ke Turkey, Russia dan Ukraine, digantung "sepanjang tempoh siasatan", jurucakap Kementerian Luar mengesahkan dalam e-mel pada Isnin (17 Okt), tanpa memperincikan tuduhan terhadapnya.

"Dalam usaha mengendalikan aduan dengan betul, pihak kementerian tidak boleh membuat apa-apa komen tambahan mengenai siasatan buat masa ini," katanya.

Menurut tabloid De Telegraaf, yang mendedahkan perkara itu, Encik Keller, 58 tahun, mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita China yang bekerja di kedutaan itu di Beijing.

Beliau "bertemunya beberapa kali di kediamannya, sebuah penginapan tersergam dan dikawal, selepas mereka bertukar-tukar gambar bogel", kata harian popular itu.

"Walaupun beliau duda, menjalin hubungan sulit dengan penduduk negara tempat beliau mewakili Belanda meletak beliau dalam kedudukan lemah," tambah akhbar tersebut.

Menurut akhbar Volkskrant yang dihormati, Encik Keller telah mendedahkan dirinya "kepada kemungkinan diugut" kerana kerajaan China "membayar gaji wanita yang disyaki menerima hati duta besar itu".

Encik Keller kini berada di Belanda dan Kementerian Luar berkata ia telah memutuskan "duta besar itu tidak boleh aktif dalam jawatannya semasa siasatan". - AFP

Video Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian