Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Duta Myanmar minta dunia bertindak terhadap tentera

Polis ambil tindakan keras terhadap penunjuk perasaan bantah rampasan kuasa, termasuk guna bom tangan
Feb 28, 2021 | 05:30 AM



YANGON: Duta Besar Myanmar ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Kyaw Moe Tun, meminta masyarakat antarabangsa bersama-sama bertindak terhadap junta tentera, sedang polis bertindak keras terhadap penunjuk perasaan yang membantah rampasan kuasa di negara Asia Tenggara itu.



Semalam, polis bertindak menghalang penentang pemerintahan tentera yang berkumpul dan seorang wanita mati ditembak.



Sejak penggulingan pemimpin Myanmar, Cik Aung San Suu Kyi, 1 Februari lalu, tunjuk perasaan meletus di Myanmar dan kemarahan dari negara luar juga turut meningkat.



"Kami memerlukan sokongan tindakan sekuat mungkin daripada masyarakat antarabangsa untuk segera menghentikan rampasan kuasa tentera, penindasan terhadap orang tidak bersalah, mengembalikan kuasa kepada rakyat dan memulihkan demokrasi," katanya, dalam Perhimpunan Agung PBB.



Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh sejak rampasan kuasa itu, termasuk seorang anggota polis.



Sementara itu, bom tangan turut digunakan dalam tindakan terhadap tunjuk perasaan di persimpangan Hledan, menyebabkan penunjuk perasaan melarikan diri untuk bersembunyi di bangunan berhampiran.



Tatkala pihak berkuasa menggeledah apartmen bagi mencari penunjuk perasaan, penduduk membantah dengan memukul periuk dan kuali - tindakan yang biasa dilakukan untuk menentang rejim tentera.



Pihak berkuasa menyeret penunjuk perasaan, dan sekurang-kurangnya seorang yang cedera akibat huru-hara yang tercetus dilihat duduk di sebuah trak polis dengan bajunya berdarah.



"Mereka memukul penunjuk perasaan muda dengan tongkat dan memaki mereka semasa melakukannya," kata seorang penjual makanan jalanan, Encik Thandar Cho, sambil menambah bahawa beliau melihat polis mengarahkan senjata mereka ke arah apartmen itu.



Seorang wartawan Jepun, Encik Yuki Kitazumi, ditahan semasa tindakan keras berlarutan itu, namun dibebaskan kemudiannya. Lebih 31 orang ditangkap semasa tunjuk perasaan di Yangon, 39 di Mandalay, dan 25 di Naypyidaw.



Lebih banyak tunjuk perasaan dirancang diadakan semalam, tetapi sejak awal ramai pegawai polis dikerahkan berkawal di bandar utama Yangon dan di tempat lain, dan menahan orang apabila mereka mula berkumpul, kata saksi.



Cik Suu Kyi berdepan dua tuduhan, iaitu mempunyai walkie-talkie tidak berdaftar di kediamannya dan melanggar peraturan Covid-19.



Perbicaraannya dijadualkan pada 1 Mac, namun peguamnya berkata Cik Suu Kyi masih belum menghubunginya. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >