Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Duterte beri amaran akan bentuk pemerintah revolusi

Oct 14, 2017 | 07:06 PM



Presiden Filipina Rodrigo Duterte memberi amaran beliau bersedia membentuk "pemerintahan revolusi" untuk menangkis usaha menggulingkannya. Ia menimbulkan kebimbangan terbentukknya pemerintahan diktator.



Beliau mengeluarkan amaran itu di televisyen  pada lewat Jumaat ketika membidas pihak akhbar, penggubal undang-undang Eropah dan pengkritik lain mengenai perang dadahnya yang menyebabkan ribuan terbunuh dan beberapa humpulan hak asasi memberi amaran tentang jenayah terhadap kemanusiaan.



Encik Duterte berkata beliau akan menggunakan kerajaan revolusi, bertentangan dengan undang-undang tentera yang memerlukan kelulusan kongres, jika komunis dan pihak lawan lain cuba menjejas pentadbirannya.



"Sekiranya ketidakstabilan berlaku dan terjadi kekacauan, saya tidak akan teragak-agak mengisytiharkan pemerintah revolusi sehingga akhir tempoh khidmat saya dan saya akan menangkap anda semua dan kita boleh perang besar terhadap komunis," kata Duterte  merujuk pemberontak komunis yang telah melancarkan pemberontakan hampir 50 tahun.



Duterte memetik tindakan yang pernah dilakukan Corazon Aquino menubuhkan pemerintah revolusi selepas menerajui pemberontakan "Kuasa Rakyat" pada 1986 yang mengakhiri pemerintahan diktator Ferdinand Marcos.



Aquino memecat semua pegawai dipilih, memansuhkan Kongres dan merobek perlembagaan 1973 bagi mengenalkan piagam sementara.



Beliau membentuk suruhanjaya melakarkan perlembagaan baru yang membuka jalan bagi pilihan raya.



 Pengkritik bimbang bahawa Duterte, 72 tahun, berniat mengheret negara itu kembali ke kediktatoran dan memberi dirinya lebih banyak kebebasan memerangi dadah.



Duterte telah dipilih tahun lepas dan berjanji membasmi dadah.



Sekitar 3,850 orang dilaporkanmati dalam operasi anti-dadah sejak beliau mengambil alih dan kematian ribuan lagi  tidak dapat dijelaskan.



Sedang ramai orang masih menyokongnya, golongan yang menentangnya juga semakin membesar. -  AFP



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >