Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Duterte mahu hubungan baik dengan China

May 16, 2016 | 12:54 PM



DAVAO: Presiden menanti Filipina, Encik Rodrigo Duterte, berkata pada Ahad (15 Mei) beliau mahu hubungan baik dengan China dan mengesahkan beliau terbuka mengadakan perbincangan langsung mengenai pertikaian wilayah yang telah merosakkan dengan teruk hubungan dua hala.

Encik Duterte juga mengumumkan Duta China ke Manila akan menjadi antara tiga duta asing pertama yang beliau rancang untuk temui pada Isnin, selepas memenangi pilihan raya presiden pada 9 Mei.

"Hubungan tidak pernah dingin. Tetapi saya lebih suka mesra dengan semua orang," kata Encik Duterte kepada pemberita di bandar selatan Davao ketika ditanya apakah beliau mahu hubungan lebih erat dengan China berbanding di bawah Presiden semasa Benigno Aquino.

Hubungan antara China dan Filipina semakin buruk sepanjang tempoh enam tahun Encik Aquino disebabkan tuntutan bercanggah ke atas Laut China Selatan.

China menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan, termasuk perairan menuju pantai Filipina, Vietnam dan negara-negara lain di Asia Tenggara.

Pada 2012 China mengambil alih Scarborough Shoal, kawasan perikanan yang kaya dalam zon ekonomi eksklusif Filipina.

Pentadbiran Aquino respon dengan menandatangani pakatan pertahanan baru dengan Amerika Syarikat dan memfailkan tindakan undang-undang di tribunal Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), meminta ia memutuskan tuntutan China ke atas hampir keseluruhan laut itu tidak sah.

China respon dengan marah terhadap langkah Encik Aquino, menuntut Filipina berunding secara langsung tetapi juga menegaskan ia tidak akan melepaskan sembarang wilayahnya.

Encik Aquino enggan mengadakan rundingan langsung, dek bimbang China, yang mempunyai sumber lebih baik dan lebih kuat, akan mempunyai kelebihan.

Encik Duterte, yang akan mengangkat sumpah pada 30 Jun, berkata beliau merancang terus menimbulkan isu itu dalam sekitaran pelbagai hala.

Bagaimanapun, beliau juga mengulangi ikrar kempen akan mengadakan perbincangan secara langsung dengan China, jika rundingan lain gagal.

"Jika kapal rundingan berada di air tenang dan tidak ada angin untuk menolak layar, saya mungkin memutuskan bercakap secara dua hala dengan China," ujarnya.

Encik Duterte juga berkata beliau akan bertemu duta China, Jepun dan seorang lagi di kampung halamannya pada Isnin - hari pertama beliau tampil di khalayak awam sejak memenangi pilihan raya.

Tidak jelas siapa duta ketiga itu, tetapi Encik Duterte pernah berkata tiada mesyuarat telah dijadualkan dengan duta Amerika. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >