Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Duterte mahu tentera asing tinggalkan Filipina dalam dua tahun

Oct 27, 2016 | 09:10 AM



TOKYO: Presiden Filipina, Encik Rodrigo Duterte, mahu semua tentera asing keluar dari negaranya dalam tempoh dua tahun. Ini kali pertama beliau menyebutkan tempoh bagi pengunduran askar asing.



Bercakap dalam satu forum ekonomi di Tokyo pada Rabu (26 Okt), beliau berkata: "Saya mahu, mungkin dalam tempoh dua tahun akan datang, negara saya dibebaskan daripada kehadiran pasukan tentera asing. Saya mahu mereka keluar dan jika saya perlu menyemak atau membatalkan perjanjian, perjanjian eksekutif, saya akan melakukannya."



Dunia terpaksa "menghadapi dinamik baru negara saya", kata Encik Duterte kepada kira-kira 1,000 ahli perniagaan dari Jepun dan Filipina dalam forum tersebut.



Pemimpin batu api itu sedang melakukan lawatan pengenalan tiga hari ke Jepun - yang disifatkannya sebagai "kawan istimewa yang lebih dekat daripada seorang saudara" - sempena 60 tahun hubungan dua hala.



Beliau kemudian memberitahu Perdana Menteri Shinzo Abe dalam satu mesyuarat sidang puncak dua hala bahawa Filipina akan berdiri di sebelah Jepun dan bekerjasama dengannya ke arah mencapai penyelesaian secara aman di Laut China Selatan melalui kedaulatan undang-undang.



Pada mesyuarat itu, Jepun bersetuju menyediakan dua kapal peronda besar untuk meningkatkan keupayaan rondaan maritim Manila, sebagai tambahan kepada 10 kapal yang dipersetujui sebelum ini.



"Anda boleh yakin, dan saya berjanji kepada anda, bahawa kami akan berdiri di sisi anda apabila tiba masanya," kata beliau, memberi jaminan kepada Encik Abe bahawa Filipina tidak akan memasuki pakatan ketenteraan dengan China.



Encik Abe, sementara itu, berkata beliau mengalu-alukan usaha Encik Duterte memperbaiki hubungan dengan Beijing, dan dua pemimpin itu bersetuju mengenai pentingnya menyelesaikan pertikaian maritim secara aman. Mereka juga menekankan kepentingan kebebasan pelayaran dan penerbangan, serta usaha anticetak rompak dan kerjasama.



Encik Duterte mengumumkan semasa melawat China minggu lalu "pemisahan" dari Amerika Syarikat, sekutu lama negaranya, tetapi kemudian berkata beliau tidak bermaksud memutusan hubungan.



Mempertahankan keperluan memerangi dadah, beliau memberitahu forum itu betapa seriusnya masalah dadah di Filipina, yang mempunyai empat juta penagih.



Beliau dikritik oleh Amerika dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi kempen antidadahnya, yang menyaksikan lebih 3,500 orang mati dalam pembunuhan luar undang-undang oleh pengawas dan polis.



Mengenai kemungkinan Amerika menarik balik bantuannya, Encik Duterte berkata: "Kami akan dapat bertahan tanpa bantuan Amerika."



Merujuk kepada lawatannya ke China, Encik Duterte berkata tumpuannya ialah ekonomi semata-mata.



Beliau juga melahirkan penghargaan kepada Jepun - rakan perdagangan dan pelaburan terbesar Filipina - yang semalam memberi pinjaman 5 bilion yen ($66.7 juta) bagi pembangunan pertanian.



Encik Abe menerima jemputan Encik Duterte untuk melawat Filipina "pada masa sesuai".



Encik Duterte menamatkan lawatan beliau hari ini dengan melakukan kunjungan ke atas Maharaja Akihito.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >