Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Duterte sedia adakan latihan tentera dengan China, tidak dengan Amerika

Oct 18, 2016 | 11:43 AM



MANILA: Presiden Filipina, Encik Rodrigo Duterte, bersedia mengadakan latihan tentera dengan China tetapi tidak dengan sekutu lama negaranya, Amerika Syarikat, menurut media China yang menukil beliau sempena lawatan negaranya ke Beijing.



Encik Duterte berangkat ke Beijing pada Selasa (18 Okt) bagi satu lawatan empat hari yang kelihatan akan mengukuhkan kecondongan dramatik dasar luarnya jauh dari Amerika, yang beliau marah kerana mengkritik kempen mautnya ke atas jenayah.



"Hanya China boleh membantu kami," agensi berita Xinhua, yang dikendalikan pemerintah China, memetik Encik Duterte sebagai berkata dalam satu temu bual pada Ahad (16 Okt) menjelang lawatan beliau.



Encik Duterte juga memberitahu Phoenix Television, yang berpangkalan di Hong Kong, beliau bersedia mengadakan latihan tentera bersama China dan Russia.



"Ya, saya akan. Saya telah memberi masa yang cukup untuk rakyat Amerika bermain dengan tentera Filipina," katanya ketika ditanya apakah beliau terbuka mengadakan latihan perang dengan dua negara itu, sedang beliau mengulangi tidak akan mengadakan sembarang latihan dengan Amerika lagi.



"Ini yang terakhir," ujar Encik Duterte, merujuk kepada satu latihan perang di Filipina yang berakhir minggu lalu.



Encik Duterte berusaha membentuk semula hubungan luar negaranya sejak memegang jawatan presiden pada 30 Jun, dengan berpaling pada China dan Russia dan menjauhi Amerika.



Hubungan dua hala antara Beijing dan Manila bertambah buruk di bawah pendahulu beliau, Encik Benigno Aquino, yang cuba mencabar perluasan kuasa China di Laut China Selatan.



China menuntut hampir seluruh laut penting itu, termasuk perairan berhampiran Filipina dan negara lain Asia Tenggara.



Namun semasa interviu dengan Xinhua itu, Encik Duterte berikrar tidak akan menyerahkan sembarang kedaulatan kepada China atau menyimpang daripada keputusan satu tribunal antarabangsa yang menolak tuntutan Beijing itu.



Beliau mengucapkan terima kasih kepada China kerana tidak mengkritik tindakan kerasnya terhadap jenayah, sambil menghulurkan tangan Filipina bagi pinjaman mudah dan bantuan kewangan lain. - AFP, Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >