MANILA: Presiden Filipina Encik Rodrigo Duterte telah mengeluarkan amaran lagi mengenai ancaman pengganasan yang boleh berlaku di negara ini, dengan mengatakan lapangan terbang, pelabuhan dan tempat awam lain mungkin menjadi sasaran.
Presiden Duterte berkata beliau akan mengadakan mesyuarat tergempar dengan pegawai keselamatan untuk membincangkan isu itu, sambil menambah bahawa ancaman tersebut "datang dengan sangat cepat", lapor akhbar The Philippine Star kelmarin.