Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Duterte tembak mati pegawai jabatan kehakiman, dakwa bekas tukang bunuh

Sep 15, 2016 | 04:00 PM



MANILA: Presiden Filipina, Encik Rodrigo Duterte, menembak mati seorang pekerja Jabatan Kehakiman dan mengarahkan pembunuhan lawannya, seorang bekas anggota skuad bunuh memberitahu Parlimen pada Khamis (15 Sep).



Pembunuh itu memberitahu satu siasatan Senat bahawa beliau dan sekumpulan anggota polis dan bekas pemberontak komunis membunuh kira-kira 1,000 orang sepanjang tempoh lebih 25 tahun atas arahan Encik Duterte, dengan seorang mangsa diberi kepada buaya untuk dimakan hidup-hidup.



Kebanyakan yang lain dicekik dengan tali, dibakar, dikerat empat dan kemudian ditanam di sebuah kuari milik seorang pegawai polis yang pernah menjadi anggota skuad bunuh itu. Yang lain dibuang ke dalam laut untuk dimakan ikan.



Encik Edgar Matobato, 57 tahun, membuat dakwaan itu di hadapan Senat, yang sedang menyiasat dakwaan pembunuhan luar undang-undang dalam tindakan keras antijenayah Encik Duterte yang menurut polis menyebabkan 3,140 orang mati dalam 72 hari pertama beliau menjadi presiden.



Ketua Suruhanjaya Hak Asasi Manusia ketika itu, Senator Leila de Lima, memberitahu siasatan tersebut Encik Matobato menyerah diri kepada badan penyiasatan pada 2009 dan sehingga baru-baru ini diletak di bawah satu skim perlindungan saksi.



Jurucakap Encik Duterte berkata dakwaan terhadapnya telah disiasat tanpa pertuduhan difailkan, sementara anaknya, Encik Paolo Duterte, menyifatkan dakwaan itu sebagai "khabar angin" daripada "orang gila".



Encik Matobato berkata pada 1993, beliau dan anggota skuad bunuh itu sedang menjalankan satu misi apabila mereka menghampiri sekatan jalan oleh kenderaan agen Biro Siasatan Nasional Jabatan Kehakiman.



Ia bertukar menjadi insiden tembak-menembak. Encik Duterte, yang menjadi mayor Davao pada masa itu, kemudian tiba di tempat kejadian, kata Encik Matobato.



"Mayor Dutertelah orang yang menghabiskannya. Jamisola (pegawai jabatan keadilan) masih hidup ketika dia (Duterte) tiba. Dia menghabiskan dua magazin peluru senapang Uzi ke atasnya."



Keterangannya mendedahkan buat kali pertama dengan perincian mengerikan dakwaan bahawa Encik Duterte dalang skuad bunuh yang membunuh lebih seribu orang di Davao.



"Tugas kami ialah membunuh penjenayah, perogol, pengedar, dan peragut. Itulah apa yang kami lakukan. Kami membunuh orang hampir setiap hari," ujar Encik Matobato.



Beliau berkata mereka membunuh terutamanya suspek jenayah dan musuh peribadi keluarga Duterte antara 1988 dan 2013.



Kebanyakan mangsa diculik oleh anggota skuad itu, yang memperkenal diri mereka sebagai pegawai polis sebelum membawa mangsa ke sebuah kuari di mana mereka dibunuh dan ditanam.



Encik Matobato berkata antara mangsa ialah teman lelaki adik Encik Duterte, seorang penyiar yang sentiasa mengkritik beliau, empat pengawal peribadi lawannya, dan dua musuh Encik Paolo, yang kini naib mayor Davao.



Senator De Lima berkata badan hak asasi menemui beberapa rangka orang tidak dikenali di kuari di Davao itu.



Ditanya mengapa beliau meninggalkan skuad bunuh itu, Encik Matobato menjawab: "Saya dilanda perasaan bersalah." - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >