Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Duterte timbang perketat pergerakan awam

Jul 28, 2021 | 05:30 AM



MANILA: Presiden Filipina Rodrigo Duterte menimbangkan melaksanakan sekatan pergerakan atau langkah penutupan ketika pemerintah bergerak mengatasi lonjakan kes varian Delta yang sangat mudah tersebar di negara tersebut.



Presiden Duterte ketika menyampaikan Amanat Negara yang keenam dan terakhir sebelum tempohnya memegang jawatan berakhir 18 bulan lagi berkata beliau harus mengambil tindakan "tegas" dengan langkag pengekangan pergerakan.



Presiden Duterte, kini telah meletakkan ibu kotanya serta empat wilayahnya, di bawah kawalan Covid-19 lebih ketat hingga akhir Julai.



Manila Bulletin melaporkan langkah ini dilakukan walau beliau sedar kemungkinan ekonomi domestik "tidak dapat dipulihkan".



"Jadi ini adalah perkara yang bagus untuk dilakukan seperti sebelumnya jika kita mula melihat bahawa ia benar-benar berbahaya, anda harus kembali kepada sekatan," ujar Encik Duterte dalam ucapannya yang berlangsung hampir tiga jam.



Selain mempertimbangkan mengetatkan pergerakan awam, Encik Duterte menggalakkan orang ramai untuk "berdoa demi keselamatan" di tengah ancaman yang ditimbulkan oleh varian Delta.



Daripada sejumlah 1.5 juta kes koronavirus di Filipna, jabatan kesihatan melaporkan terdapat lebih 100 kes varian Delta.



"Ia memerlukan vaksin baru, kita belum memilikinya, saya tidak tahu apa... Mungkin kita hanya perlu berdoa untuk keselamatan. Kita telah melakukan segalanya. Tetapi anda tahu, kali ini kita benar-benar perlu berusaha keras terhadap perkara yang berlaku, '' katanya.



Encik Duterte menggunakan pidato tersebut untuk mempertahankan tindak balas pemerintahnya terhadap pandemik.



Ketika wabak itu melanda, Encik Duterte mengatakan pemerintahnya mengutamakan menyelamatkan nyawa, menyediakan dana untuk rawatan kesihatan dan program peningkatan sosial.



Sukan dan tempat persidangan, pelancongan domestik dan gimnasium tidak dibenarkan beroperasi, sementara kapasiti operasi tempat makan termasuk di ruang terbuka dihadkan.



Di samping itu, kanak-kanak berumur antara lima hingga 17 tahun tidak dibenarkan meninggalkan kediaman mereka.



"Kami bergerak dengan cepat untuk melindungi kesejahteraan setiap orang Filipina melalui langkah kesihatan dan keselamatan pencegahan dan responsif, dan program peningkatan sosial yang luas dan inklusif," katanya.



Filipina kini mempunyai lebih 260 makmal di seluruh negara yang mampu menjalankan sekurang-kurangnya 50,000 ujian setiap hari. Semua wilayah kini dapat menjalankan ujian Covid-19 mereka sendiri, tambahnya. Bekalan vaksin di negara itu dikatakan telah mencapai lebih daripada 30 juta dos.



Sejumlah 36 juta dos lagi dijangka tiba bulan ini dan Ogos.



Beliau menggalakkan orang ramai agar mendapatkan vaksin secepat mungkin dan mengatakan vaksinasi tetap "solusi terbaik" untuk memerangi koronavirus.



Sebelum ini Filipina mengenakan larangan kemasukan individu dari Malaysia dan Thailand serta mengetatkan sekatan di wilayah Manila, dalam usaha mencegah penyebaran varian Delta. Tindakan ini dilakukan untuk mencegah penyebaran lebih cepat dan mencegah varian menular dalam kalangan masyarakat di Filipina. Filipina sebelum ini melarang pelancong dari lapan negara termasuk Indonesia dan India, bagi menghalang serta mencegah penularan varian Delta secara lebih meluas di wilayahnya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >