MANILA: Presiden Filipina, Encik Rodrigo Duterte, mengeluarkan ancaman kepada golongan aktivis hak asasi manusia yang mengkritik taktik beliau memerangi dadah yang telah meragut kira-kira 5,000 nyawa dipercayai terbabit dengan perdagangan narkotik.
Dalam ucapannya di Malacanang malam kelmarin, Encik Duterte berkata bahawa mereka yang menuduh beliau mengarahkan hukuman mati ke atas pesalah dadah perlu dipersalahkan jika masalah dadah di negara itu bertambah buruk.