Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lebih banyak negara perketat kawalan sempadan apabila varian koranavirus merebak

Jan 31, 2021 | 03:28 PM



WASHINGTON: Dengan amaran tentang ancaman varian virus yang menular pesat di Afrika Selatan serta tanda-tanda ia boleh melemahkan keberkesanan vaksin, negara merata dunia  kini mengetatkan kawalan sempadan masing-masing.



Pada Sabtu (30 Januari), larangan berkuat kuasa bagi individu  bukan warga Amerika Syarikat yang mengembara dari Afrika Selatan memasuki Amerika.



Akhbar The New York Times (NYT) melaporkan sejak beberapa hari lalu, syarikat  farmaseutikal Johnson & Johnson dan syarikat pengeluar vaksin Novavax telah mengumumkan vaksin yang dihasilkan memberi pelindungan kuat bagi menentang Covid-19.



Namun, penghasilan vaksin ini datang dengan nota amaran bahawa kadar keberkesanan vaksin ini merosot di Afrika Selatan di mana varian yang mudah berjangkit itu menjadi penyebab kebanyakan kes koronavirus.



Kajian juga memberi gambaran varian ini menghambat keberkesanan vaksin Covid-19 yang dihasilkan Pfizer-BioNTech, Moderna dan Novovax.



Varian B.1.351 yang mula dikesan di Afrika Selatan telah merebak ke sekurang-kurangnya 31 negara termasuk dua kes di Amerika Syarikat, minggu ini.



Pada Jumaat (29 Januari), pakar penyakit berjangkit di Amerika Syarikat, Dr Anthony Fauci, berkata varian virus ini harus disifatkan sebagai ‘pencetus kesedaran’ buat orang awam.



Ia juga harus memberi amaran kepada syarikat vaksin bahawa mereka harus tangkas menyesuaikan keadaan dalam menghasilkan versi vaksin yang sebenarnya dan khususnya ditujukan kepada apa jua mutasi yang tersebar luas pada sesuatu masa.



Perdana Menteri Canada, Encik Justin Trudeau mengumumkan beberapa penerbangan dari Mexico dan negara Caribbean akan digantung.



Pengembara antarabangsa harus mengambil ujian koronavirus apabila mereka memasuki Canada.

Mereka juga perlu menunggu sehingga tiga hari bagi ujian ini di sebuah hotel yang diiktiraf pihak berkuasa Canada dengan membiayanya sendiri.



Sekatan di Perancis dan Jerman bermula sejak Sabtu. Pada Ahad pula, Perancis melarang kebanyakan kembara dari semua negara di luar Kesatuan Eropah (EU).



Kecuali pekerja rentas sempadan, pengembara dari negara EU perlu menjalani ujian yang mengesahkan mereka negatif Covid-19 sebelum memasuki negara ini, kata Perdana Menteri Perancis, Encik Jean Castex.



Di Jerman, pengembara yang bukan warga Jerman dari Portugal, Brazil, Afrika Selatan, Lesotho dan Eswatini (dahulu dikenali sebagai Swaziland), Britain dan Ireland, dilarang memasuki negara itu.



Amerika pula memperluas sekatan kembara dari Brazil, Britain dan 27 negara Eropah.



Kes pertama di Amerika melibatkan varian Brazil yang dikenali sebagai P.1 disahkan di Minnesota, Isnin lalu.



Saintis menjangkakannya mempunyai ciri-ciri serupa dengan varian dari Afrika Selatan kerana persamaan genetik.



Vaksin pula didapati berkesan dalam kajian menentang varian dari Britain yang mudah menjangkiti orang lain, B.1.1.7, tetapi Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika memberi amaran ia mungkin menjadi sumber jangkitan utama di  negara itu menjelang Mac serta membawa pada tambahan kes dan kematian. – NYT




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >