Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

El-Nino ancam terumbu M'sia

Mar 04, 2016 | 11:31 AM



PETALING JAYA: Malaysia berkemungkinan berdepan kerugian terbesar dalam sejarah populasi terumbu karang apabila perairan di seluruh negara menjadi semakin panas mulai bulan depan.

Pakar ekologi terumbu karang Universiti Malaya, Encik Affendi Yang Amri berkata perubahan iklim, ditambah dengan suhu tinggi El Nino boleh mengancam sehingga 90 peratus daripada terumbu karang negara.

Encik Affendi berkata, suhu laut boleh meningkat 2°C di atas nilai ambang batu karang, yang memberi tekanan ke atasnya.

"Biasanya jika air berada pada atau di atas suhu 31.5°C selama dua minggu, ia akan mula luntur," kata Encik Affendi.

Beliau berkata peningkatan suhu akan menyebabkan berlakunya pecahan simbiosis di antara batu karang dan zooxanthellae (alga simbiotik).

Zooxanthellae bertindak memberikan warna kepada batu karang dan juga sebagai pembekal utama makanan.

Encik Affendi berkata pelunturan berlaku apabila batu karang menyahkan zooxanthellae, menyebabkan tisu haiwan terdedah seterusnya membuatkan rangka putih (skeleton) kelihatan.

"Batu karang mendapat 90 peratus daripada makanan daripada alga. Oleh itu, apabila alga dinyahkan, batu karang mula 'kelaparan', "katanya.

Beliau berkata, ketika ia luntur dan suhu air tidak menurun ke 30°C atau lebih rendah selama tiga minggu seterusnya, batu karang akan mula mati.

"Tahun 2010 adalah kali terakhir berlakunya El Nino terbesar dan banyak batu karang di Malaysia luntur dan kira-kira 30 peratus mati, tetapi tahun ini kita bimbang ia mungkin menjadi lebih teruk.

"Suhu panas mungkin kekal untuk tempoh beberapa bulan.

"Ia mungkin menjadi lebih teruk daripada El Nino terbesar yang pernah dicatatkan pada tahun 1998 di mana 80 peratus daripada terumbu di Maldives mati."

Menurut Reef Check Malaysia, 40 peratus daripada terumbu di Semenanjung Malaysia musnah pada tahun 1998.

Encik Affendi kini berharap ia tidak akan menjadi buruk seperti yang dijangka dan paling banyak, hanya 30 peratus daripada terumbu akan mati. Tetapi senario kes terburuk menyaksikan 90 peratus daripada terumbu telah musnah.

Beliau berkata, tidak banyak yang boleh dilakukan pada masa ini untuk mengurangkan tekanan global ke atas batu karang disebabkan El Nino dan perubahan iklim, tetapi beberapa langkah boleh diambil untuk mengurangkan tekanan tempatan bagi memberi peluang lebih baik supaya batu karang dapat terus hidup.

Langkah-langkah tersebut termasuklah memastikan tidak berlaku pencemaran air, tidak membuang sampah plastik, melakukan pembangunan pantai, mengelakkan pemendapan, memperbaiki sistem kumbahan, mengurangkan penggunaan pukat panjang, pengeboman ikan, tidak berlaku sentuhan fizikal daripada mereka yang melakukan aktiviti snorkeling dan selam dan lain-lain.

"Zon dengan batu karang aneh dan pelbagai perlu diberi keutamaan jika anda mahu mengurangkan hubungannya dengan manusia di kawasan itu," kata Affendi.

"Mereka yang membawa pelancong menyelam atau snorkeling juga perlu mengingatkan mereka untuk tidak menyentuh atau menendang batu karang.

"Apabila anda tahu bahawa suhu air akan menjadi panas tak lama lagi, sepatutnya tidak ada bot-bot yang melalui kawasan itu, tiada penyelam dan snorkeler untuk beberapa minggu sehingga melepasi tempoh panas."

Tetapi Encik Affendi menegaskan bahawa ia tidak boleh dilaksanakan sepenuhnya kerana ia akan menjejaskan kehidupan rakyat seperti nelayan. - mStar Online




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >