Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Elak cukai: Messi dan ayah dihukum penjara 21 bulan, denda $5.5j

Jul 07, 2016 | 08:03 AM



BARCELONA: Sebuah mahkamah di Sepanyol menjatuhkan ke atas penyerang Barcelona, Lionel Messi, dan bapanya hukuman penjara 21 bulan kerana penipuan cukai serta denda 3.7 juta euro ($5.5 juta), pada Rabu (6 Jul).



Tetapi hukuman penjara itu mungkin digantung, sebagaimana biasanya di Sepanyol bagi kesalahan pertama untuk kesalahan bukan ganas yang membawa hukuman penjara kurang dua tahun.



Mahkamah Barcelona itu mendapati pemain antarabangsa Argentina itu dan bapanya, Jorge Horacio Messi, bersalah menggunakan syarikat di Belize, Britain, Switzerland dan Uruguay untuk mengelak membayar cukai ke atas lebih 4.16 juta pendapatan Messi yang diperolehi daripada hak imejnya dari 2007 hingga 2009.



Messi, 29 tahun dan pemenang anugerah Pemain Terbaik Dunia Fifa lima kali, didenda 2.09 juta euro manakala bapanya didenda 1.6 juta euro.



Mereka boleh merayu terhadap keputusan itu kepada Mahkamah Agung Sepanyol.



Messi dan bapanya membuat bayaran sukarela sebanyak 5 juta euro - sama dengan jumlah cukai yang dikatakan tidak dibayar beserta faedah - pada Ogos 2013 selepas disiasat secara rasmi.



Pemain itu dan bapanya, yang menguruskan ehwal anaknya sejak beliau masih kecil, masing-masing dikenakan tiga tuduhan penipuan cukai.



Semada perbicaraan Messi memberitahu mahkamah beliau "tidak tahu apa-apa" tentang cara kekayaannya diurus, dan pihak pendakwaan juga meminta beliau tidak persalahkan.



Namun, peguam negara yang mewakili pihak berkuasa cukai dalam perbicaraan tersebut, Encik Mario Maza, berkata beliau mendapati tidak mungkin Messi tidak tahu apa-apa mengenai keadaan itu.



"Ia seperti seorang bos jenayah. Di paling atas ialah orang besar yang tidak mahu tahu mengenai butirannya," kata beliau. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >