Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Emas, wang RM3j dirampas apabila pegawai kanan M'sia ditangkap dek rasuah

Jan 05, 2017 | 09:20 AM



PETALING JAYA: Emas dan wang tunai berjumlah RM3 juta ($965,000) dirampas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas ia menahan ketua setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kerana didakwa rasuah.



Datuk Mohd Arif Ab Rahman, 59 tahun, ditangkap pada kira-kira 8 pagi Rabu (4 Jan) di rumahnya di pinggir Lembah Klang Subang Jaya, lapor laman berita The Star Online.



Dia disyaki menyalah guna kuasa dan kedudukannya sejak 2010 untuk meminta rasuah.



Siasatan awal menunjukkan Arif mengawal secara langsung pelantikan kontraktor, pembekal dan vendor.



Seorang lelaki berusia 29 tahun yang dipercayai menerima dan menyimpan rasuah daripada kontraktor, pembekal dan vendor yang dikaitkan dengannya turut ditangkap, kata timbalan ketua pesuruhjaya SPRM, Datuk Azam Baki, dalam satu kenyataan pada Rabu.



Serbuan itu menyusuli skandal Watergate Malaysia Oktober lalu apabila SPRM menjalankan serbuan berprofil tinggi semasa ia menyiasat dakwaan kira-kira 60 peratus daripada RM3.3 bilion dana persekutuan yang diperuntuk bagi projek air dilenyapkan oleh pegawai kanan di Jabatan Air Sabah.



Menurut media Malaysia, serbuan Watergate menemui RM57 juta dalam bentuk wang tunai, 19kg barang kemas emas, 97 beg tangan berjenama terkenal dan 127 hak milik tanah untuk tapak tanah bernilai kira-kira RM30 juta.



Sejumlah RM60 juta lagi dalam akaun bank dibekukan. Tiga orang didakwa di mahkamah minggu lepas menyalahgunakan dana prasarana berjumlah RM61.5 juta dan melanggtar undang-undang memiliki barang mewah.



Secara berasingan, Datuk Azam berkata SPRM menyambut 2016 sebagai tahun berjaya, dengan lebih 900 siasatan dilancarkan dan 285 orang didakwa, lapor akhbar New Straits Times pada Rabu.



Bagi tahun ini, operasi siasatan agensi itu akan memberi tumpuan pada sektor awam dan syarikat berkaitan kerajaan, serta institusi perbankan, katanya.



Namun, tidak semua siasatan SPRM membawa kepada pendakwaan, paling ketara daripadanya ialah dakwaan salah urus kewangan berkaitan syarikat dana pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad dan SRC International.



Pada Selasa, bekas pengarah di SPRM, Datuk Bahri Mohd Zin, memberitahu media beliau memilih bersara awal kerana kecewa kes dakwaan RM42 juta daripada dana SRC International masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak dibawa ke mahkamah.



Beliau berkata kepada Malaysiakini: "Terlalu banyak wang hilang. Saya tidak harus berkhidmat dalam undang-undang yang bak sarang laba-laba."



Apabila ditanya apa yang dimaksudkannya, Datuk Bahri berkata ia merujuk kepada undang-undang yang menghukum pesalah kecil tetapi membenarkan pesalah lebih besar melarikan diri.



Pada Rabu, SPRM berkata kepada The New Straits Times: "Kami telah menghubungi Bahri, dan beliau menafikan mengeluarkan kenyataan yang bermaksud sedemikian."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >