Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Empangan pecah tenggelamkan bandar, kampung, lebuh raya Myanmar

Aug 29, 2018 | 04:27 PM



YANGON: Sebuah empangan pecah di tengah Myanmar hari ini menyebabkan bandar berhampiran, dua perkampungan serta sebatang lebuh raya menghubungkan tiga bandar terpenting negara itu, ditenggelami air, kata jabatan bomba di Facebook.



Tiga bandar penting itu ialah Yangon, Mandalay dan ibu kota Naypyitaw.



Jabatan Perkhidmatan Bomba Myanmar mula menjalankan operasi mencari dan menyelamat serta menghantar jentera ke kawasan sekitar empangan digelar Swar. Banjir menenggelamkan bandar berhampiran dengan nama sama.



Jabatan Bomba turut menutup jambatan lebuh raya Yangon-Mandalay di kawasan itu. Gambar dihantar di Facebook menunjukkan jambatan dengan paras air hampir ke permukaan jalan dengan bomba, polis dan tentera berkumpul di sebelah tepi, memantau situasi itu.



Akhbar tempatan, Kumudra, menghantar video di Facebook menunjukkan ketua komander tentera Myanmar, Min Aung Hlaing berada di tempat kejadian. -Reuters

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >