Empat individu fail injunksi halang PAS bentang rang mengenai hudud
Jun 09, 2015 | 05:30 AM
KUALA LUMPUR: Empat rakyat Malaysia memfailkan injunksi bagi menghalang Parti Islam SeMalaysia (PAS) membentangkan rang undang-undang persendirian mengenai hudud daripada dibahaskan di Parlimen atas dasar perlembagaan.
Keempat-empat individu itu - Encik Mansoor Saat, Encik Azira Aziz, Encik Hasbeemaputra Abu Bakar dan Encik Hazwany Jamaluddin - memfailkan injunksi tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Khamis lalu menerusi peguam mereka, Cik Siti Kasim dan Encik Farez Jinnah.