Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Empat korban gempa bumi kuat di Filipina

Jul 28, 2022 | 05:30 AM



MANILA: Gempa bumi kuat berukuran 7.1 magnitud melanda pulau Luzon di utara Filipina, dengan sejauh ini dilaporkan empat penduduk maut selain lebih 60 mangsa dilaporkan cedera, menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri.



Gempa itu turut dirasakan di ibu kota Manila.



Setiausaha Dalam Negeri, Encik Benjamin Abalos, berkata dalam satu sidang media bahawa dua mangsa dilaporkan maut di wilayah Benguet, seorang di wilayah Abra, dan seorang lagi di satu lagi wilayah.



Gempa bumi itu berlaku kira-kira 11 kilometer (km) ke tenggara bandar Dolores pada kedalaman 10 km, menurut data Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).



"Walaupun terdapat laporan menyedihkan mengenai kerosakan yang disebabkan gempa bumi, kami memberi jaminan respons segera kepada mereka yang memerlukan dan terjejas akibat bencana ini," kata Presiden Ferdinand Marcos Jr di Facebooknya.



Gempa itu berlaku berhampiran kawasan kubu kuat politik keluarga Marcos di pulau Luzon.



Encik Renato Solidum, pengarah agensi seismologi negara, memberitahu stesen radio DZRH, gegaran susulan yang kuat dijangka berlaku.



"Tumpuan perhatian adalah kepada Abra dan wilayah berdekatan. Ini adalah gempa bumi besar," kata Encik Solidum.



Encik Abalos pula berkata 173 bangunan rosak dan 58 tanah runtuh dilaporkan, dengan 44 daripada 60 cedera di wilayah Abra.



Selain itu, pesakit dan kakitangan sebuah hospital di wilayah Abra terpaksa dipindahkan selepas sebahagian bangunan itu runtuh, tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan.



Datuk Bandar Lagangilang wilayah Abra, Encik Rovelyn Villamor, berkata beberapa kawasan masih mengalami gegaran susulan.



"Kami terima laporan kerosakan rumah dan setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan.



"Kami juga tidak mempunyai bekalan kuasa kerana terputus secara automatik disebabkan bahaya," katanya.



Pejabat maklumat awam wilayah Abra menyiarkan gambar di halaman Facebooknya yang menunjukkan bangunan rosak teruk dengan retakan besar runtuh.



Sementara itu, seorang anggota Kongres di wilayah utara Ilocos Sur, Encik Eric Singson, berkata gempa bumi dirasai dengan kuat.



"Gempa bumi berlaku selama 30 saat atau lebih dan sekarang kami cuba dapatkan orang ramai yang berada di luar rumah kerana masih ada gegaran susulan," katanya.



Presiden Marcos Jr, mengarahkan penghantaran segera pasukan penyelamat dan bantuan ke wilayah Abra yang dilanda gempa bumi, kata Setiausaha Akhbar, Cik Trixie Cruz-Angeles hari ini.



"Marcos juga akan terbang ke Abra," katanya dalam sidang media. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >