KABUL: Sekurang-kurangnya empat terbunuh selepas penunjuk perasaan yang menuntut peletakan jawatan pemerintah Afghanistan bertempur dengan unit pencegah rusuhan di ibu negara Afghanistan semalam.
Bantahan menambah tekanan kepada pemerintah Presiden Ashraf Ghani, yang tidak mampu menghentikan siri serangan di Kabul yang meragut ratusan nyawa penduduk awam sejak beberapa bulan ini.