Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Empat senator angkat sumpah

Dec 03, 2022 | 03:42 PM



Seramai empat senator baharu mengangkat sumpah di Dewan Negara pagi tadi (3 November), susulan pengumuman pelantikan mereka menyertai Kabinet semalam.



Upacara angkat sumpah itu dilakukan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim di Bangunan Parlimen.



Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri menjadi individu pertama mengangkat sumpah dalam majlis berkenaan sekitar 8.30 pagi.



Ia disusuli bekas Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group Holdings Bhd., Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang dilantik sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.



Sementara itu, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir yang dilantik sebagai Menteri Luar menjadi individu ketiga mengangkat sumpah pada 8.39 pagi.



Majlis angkat sumpah berkenaan diakhiri oleh Ketua Hakim Syarie, Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar yang dilantik sebagai Menteri Agama sekitar 8.45 pagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >