Empat suspek dari Korea Utara dipercayai tinggalkan M'sia pada hari pembunuhan

KUALA LUMPUR: Empat suspek lelaki yang diburu Bukit Aman bagi membantu siasatan kes pembunuhan Encik Kim Jong-Nam, abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-Un, dipercayai telah meninggalkan Malaysia pada hari kejadian dan kini berada di Pyongyang, Korea Utara.

Keempat-empat yang dipercayai perancang utama iaitu Ri Ji-hyon, 33 tahun (tiba di Malaysia pada 4 Februari); Hong Song Hac, 34 tahun (tiba 31 Januari); O Jong Gil, 55 tahun (tiba 7 Februari) dan Ri Jae Nam, 57 tahun (tiba 1 Februari) - meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) ke Jakarta pada hari kejadian (13 Februari).