Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Empat warga S'pura berada dalam insiden bot karam di China

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Empat warga S'pura berada dalam insiden bot karam di China

Jan 16, 2015 | 02:16 PM

EMPAT warga Singapura merupakan antara yang berada dalam bot tunda yang karam di Sungai Yangtze di China semasa dalam satu pelayaraan percubaan samalam, Khamis, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA).

Bot tunda JMS Delta itu yang dikatakan membawa seramai 25 orang dan sedang menjalani ujian di wilayah timur Jiangsu juga dikenalpasti sebagai kapal yang berdaftar di Singapura, lapor The Straits Times.

Menurut agensi berita Xinhua, tiga telah diselamatkan sejauh ini manakala operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Seorang jurucakap MFA berkata, kementeriannya sedang berhubungan dengan keluarga-keluarga warga Singapura itu dan syarikat di mana mereka bekerja.

"Para pegawai Konsulat-Umum di Shanghai sedang berada di tempat kejadian dan memberi bantuan konsular kepada waris.

"Kami juga sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa China dalam operasi mencari dan menyelamat yang sedang dijalankan," kata jurucakap itu.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3