Polis Malaysia menahan enam anggota keselamatan, yang disyaki ada kaitan dengan kumpulan militan Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS), kerana merancang mendapatkan senjata untuk melancarkan serangan pengganasan.
Mereka ditahan bersama empat yang lain, menjadikan jumlah suspek 10 orang, dalam satu operasi yang dijalankan di enam negeri Rabu lalu, menurut Polis Diraja Malaysia.